TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN

a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak

c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut
pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga
saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau
nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti
sedang rungsing.

d) 7 hari :
Mengidam makanan.

e) 5 hari :
Anak Lidah bergerak-gerak

f) 3 hari :
Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak

g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.

i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali,
mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

******* BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA *******

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam bada! n dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S"
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka
yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin
itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain."

Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.
Maka berkata tangan :
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak
yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata :
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata :
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata
tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata :
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tun! jukkan k epada
roh orang yang beriman itu."
Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma
Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : "Roh itu menuju
ketujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.
Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada
hari mereka keluar dari kuburnya :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan bersama.
Wassallam.

p/s : Kalau rajin, tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Share on Google Plus

About Erasmus

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.