Monday, March 30, 2009

Bagaimana Membiakkan Ikan Laga

Reactions: 
Ikan laga, sejenis ikan yang cukup terkenal dengan sifatnya yang suka bergaduh sesama sendiri. ikan jenis ni xleh sebalang. alamat, salah seekor mesti kiok.

harini aku nak kongsi skit ilmu mcmana nak ternak (bukan pelihara tau) ikan laga ni.

1. mula-mula masukan ikan laga betina dalam bekas@balang kecil. then, masukan bekas@balang tersebut dalam akuarium ikan laga jantan. dengan cara ini ikan laga jantan xleh serang ikan laga betina tu. Dia stakat boleh usha je.. :)
2.Biarkan selama sehari. ini supaya dua2 ikan tersebut dapat mengenali hati budi masing2..:p
3. Pastu, ambil bekas@balang tu kluar dari akuarium then lepaskan ikan betina tu dalam akuarium yg ada ikan jantan tu tadi. mula2 korang nampak dorang mcm bergaduh tetapi hakikatnya dorang ber'ehem-ehem' :).
4. apabila tamat pertarungan, si betina akan bertelur. bila dah abis bertelur, korang angkat ikan laga betina tu keluar dan masukan dalam bekas@balang asal dia td. ni kes jaga pantang la katanya..korang kena pindah cepat2 kalau tak ikan laga jantan akan serang ikan betina ni. tak puas2 agaknya kot. tp klu ikut pengalaman aku, ikan betina mesti mati klu dibiarkan lama ngn ikan jantan. tak caya cuba lah..hahaha
5.ikan jantan akan pelihara telur2 tu sampai menetas. Jantan mana tak sayangkan telur..cuba ko ckap ada tak?hehe
6.Apabila menetas, ikan laga jantan akan dipindahkan ke bekas@balang lain. jangan dibiarkan, kalau tak nahas la anak2 ikan tu..so, tinggal lah anak2 ikan tu dalam akuarium dengan selamatnya..

Lepas ni aku nk bg tips cmner nak ternak ikan pirana lak.Ingat, aku bg tips je, klu korang nak try apa salahnya..hehe
Selamat mencuba..

-NYQ-

1 comment:

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....