Fakta Istimewa Mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad


Picture credit to sumber



Fakta 1 : Hari lahir sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah pada 10 Julai (1925) dan lazimnya disambut oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat,bukan 20 Disember.Namun 20 Disember sudah dianggap sebagai hari lahir rasmi beliau yang lazimnya diraikan pada majlis-majlis rasmi.

Fakta 2 : Dr. Mahathir tidak suka orang memberi hadiah pada hari lahirnya kerana bimbang orang akan mengambil kesempatan dengan hadiah yang bukan-bukan kerana niat yang tertentu.

Fakta 3 : Kerana lahir pada bulan Julai,Dr. Mahathir berbintang Cancer.Lazimnya orang yang berbintang Cancer agak sensitif tetapi kreatif.Mungkin disebabkan faktor ini juga,Dr. Mahathir mudah mengalirkan air mata apabila hatinya tersentuh melihat sesuatu kejadian sama ada kepada bangsanya atau dirinya sendiri.

Fakta 4 : Orang yang lahir berbintang Cancer lebih bersifat kemanusiaan.Lady Diana yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan,juga berbintang Cancer.Lazimnya mereka yang berbintang Cancer juga gemar kepada makanan.Tetapi Dr. Mahathir dapat mengawal selera makannya iaitu berhenti sebelum kenyang meskipun tidak pantang kepada sebarang makanan termasuk nasi lemak yang menjadi kegemarannya.

Fakta 5 : Beliau biasanya membeli buku apabila berkunjung ke sebuah kedai buku di KLCC pada hujung minggu dan di situlah Dr. Mahathir akan mengambil masa yang agak lama untuk memilih buku kegemarannya.Begitu juga apabila berada di luar negara.

Fakta 6 : Dr. Mahathir boleh melelapkan mata di mana saja sama ada dalam kapal terbang atau di pejabat.Di pejabat,beliau boleh tidur selama 30 minit di antara kerja,bukan dengan berbaring tetapi duduk di kerusinya.Beliau melelapkan mata buat seketika selepas makan tengahari atau selepas sembahyang Zohor dan kemudian meneruskan kerja selepas itu.

Fakta 7 : Pernahkah anda mendengar seorang pemimpin negara makan mi segera?Dr. Mahathir boleh makan apa saja tetapi beliau tidak makan banyak.Beliau makan mi segera sekurang-kurangnya seminggu sekali,itu pun sebungkus tidak habis.

Fakta 8 : Dr. Mahathir tidak makan ikan segar tetapi makan ikan kering.

Fakta 9 : Sarapan pagi Dr. Mahathir cukup ringkas iaitu sekeping roti bakar,sehiris buah dan segelas kopi.Kemudian beliau akan minum kopi semula pada jam 10 pagi di pejabat.Waktu malam pula,terutama apabila berada di luar Kuala Lumpur,beliau lebih gemar minum Milo.

Fakta 10 : Tidak seperti kebanyakan ahli politik,Dr. Mahathir tidak berjaga malam.Pada jam 11.30 malam atau selepas tengah malam,beliau akan masuk ke bilik tidur.Jika tiada urusan di luar,beliau akan menelaah di bilik bacaan bersebelahan bilik tidurnya. 
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment