Kelebihan Kahwin Suami Orang.


Adakah  anda  sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumah tangga anda?, jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami.
Seorang   kawan   yang   bekerja   di  kementerian  pelajaran  menceritakan
pengalamannya  berurusan  dengan  para  janda  yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.
Walaupun  ada  teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang.
Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:
   1.    Suami   orang   biasanya  penyabar  dan  menilai  tinggi  institusi kekeluargaan. Mereka  tidak  mudah  melafazkan  kata  cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.
   2.    Suami  orang  makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.
   3.    Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.
   4.    Suami  orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita kahwin  duda,  dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut tetapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.
   5.    Suami  orang  lebih  baik  dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa  tinggal  dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah  lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal  bersama  janda  yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa tidak selesa dan lemas melayan teruna.
   6.    Suami  orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.
   7.   Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.
   8.    Suami  orang  biasanya  tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.
   9.    Suami  orang  biasanya  susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang  yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.
 
Banyak  lagi  kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin  anda  sebenarnya  berada  dalam kerugian yang besar kerana tidak
menjadi   pilihan   wanita.  Jadi  pastikan  anda  segera  berkahwin  untuk mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya. Jadilah  suami  orang  yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah  dalam  perkahwinan  biar  kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung  jawab  anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan  sabar.  nescaya  anda  bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment