Ciri-Ciri Suami Pilihan

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya
dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada
seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara.
Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah
menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya
yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur
hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa
hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang
menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja
ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan
bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah
perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia
bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah
orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana
dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya
hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air
muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."
Share on Google Plus

About Erasmus

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment